Blog Widget by LinkWithin

Sunday, May 12, 2013

Bercuti ke Universal Studios Singapore (uss)

Phew. At last, percutian ni dah rancang lama. Ops. Ini adalah office trip incik mia. Mula2 diorang nak pergi Sabah la Bali la, end up, moh kita ke uss. Best juga. :) pun banyak kali pospone. Dah berbulan2 okeh. Akhirnya jadi juga trip ni.

Kali ni, kami pergi dengan bas. Bas double decker lagi. Almaklum, ahli jemaah ofis mia takdelah ramai mana pun. Berape ketul je. Dengan bas double decker tu, memang selesa habis lah.

Kami bertolak malam. Khamis malam jumaat. Di waktu hujan lebat membasahi bumi kl, kami pun bergerak. Adik hantar ke Setiawangsa. Perjalanan malam best. Sebab,boleh tidur dan anak2 pun tidur dan jalan raya lengang dan sejuk. :)

Kami berhenti makan dekat rnr air keroh lepas tu meneruskan perjalanan terus le Johor Bahru. Dekat Johor, kami menginap di Puteri Pacific Hotel. Jumpa katil je terus hanyut. Letih sangat badan.


Keesokkan harinya, lepas breakfast semua, kami pun menujulah ke Singapore.







1st time saya masuk Singapore. Mia je yang tah bape kali sampai. Masuk Singapore macam tak terasa sangat. Rasa macam dekat kl jugak pun ada. Bila lalu satu2 kawasan tu kadang2 rasa macam dekat jalan mahameru, jalan chan sow lin, bukit bintang. Haaa gitu kan. Lagi satu, orang kagum sangat singapore bersih. Tapi nan hado. Kalau dekat bandar tu bersihla. Tapi tepi jalan tu still banyak sampah.


Actually, sepatutnya kami sampai awal ke uss, tapi sebabkan syarat SG kena ada tourist guide kalau datang dengan bas pelancong, so terpaksalah pusing2 nak ambil dia. Gila!

Perjalanan dari hotel di jb rasa macam tak jauhla. Berhenti dua kali dekat imigresen johor dengan SG. Satu, check pasport je. Satu lagi nak kena angkut beg semua untuk discan.

Sampai uss dalam pukul 1 lebih kot. Dengan urusan tiket pun tergendala. Lama jugak la kitorang lepak dekat depan globe tu. nak ambil gambar pun macam tak bernafsu je. Hahaha.













Penat menunggu, last2 semua kelaparan, dan kami lunch dulu di Malaysian Food Street. Makan nasi beriani. Sekadar alas perut.











Dalam ni, cantik dekorasinya. Ada roti canai ada char kuey tiaw. Habis makan, kami dapat tiket terus terjah masuk dalam. Boleh bawa masuk makanan dalam uss. Tak perlu check2 beg macam sunway lagoon semua tu. Masuk2 je, woww.. Hahahaha.... Macam ni ghopenye ye.




















Orang pun tak berapa ramai. Maybe sebab hari kerja kot. So, enjoyla. Tak perlu nak beratur lama. Mula2 kami cari transformers dulu. Sebab takut beratur lama. Sekalinya, tak kena beratur pun. Tapi, sebabkan bebudak ni tak cukup tinggi lagi kan, so mia je la yang masuk, main transformers ride tu. saya memang banyak berjalan tengok2 je dalam ni. Takdela nak main apa2 sangat. Lagipun kitorang masuk da lambat sangat. So, mana yang sempat je la. Masa mia masuk tu, saya jalan2 je la dekat luar. Tengok kawasan, ambil2 gambar buat kenangan.

















Masa saya sibuk2 ambil gambar ni, tourist tu pun sibuk ambil gambar Habib. Hehehehe....











See, macam real kan. Kalau masuk ride mia kate sangat best. Rasa real je kena hempas segala.





Haikal kusyuk menelek2 barang dekat sini, tapi memang tak belilah. Buat bergaduh je nanti..

Settle je transformers, kami pun pusing2 lagi.

Dekat uss ni terbahagi kepada 7 tempat. Masuk2 je akan jumpa Hollywood dulu. Then sebelah kanan adalah New York, sebelah kiri, Madagascar. Lepas Madagascar akan jumpa Far Far Away, then depan dia ada The Lost World. Boleh tembus terus ke Ancient Egypt then Sci-Fi city then akan jumpe New York balik. Kira tempat ni dalam satu bulatan la. Kena rancang betul2 nak masuk mana dulu, barulah tak akan terlepas semua tempat.

Macam kitorang, sebab dah lambat masuk, so belasah je la mana yang sempat. Yang paling utama, nak bagi Haikal dengan Habib seronok. Kami terus pergi ke Madagascar.






Tarikan di Madagascar adalah naik river boat. Masuk dalam gua dan dihiburkan dengan karakter Madagascar, Alex, Marty, Melman dengan Gloria. Tapi Haikal macam takut sikitla. But, kami enjoy je. Hahaha.












































Waktu tengah duduk2, karakter2 ni keluar berjoget2. Enjoy the show.


Satu lagi tarikan dekat Madagascar ni, adalahhhh.... Merry go round, hahahaha.. Ini memang mainan sempoi je la untuk bebudak.






Kalau malas nak layan, boleh terus ke Far Far Away. Masuk istana fiona.


Pasal makanan halal, jangan risau, dekat madagascar ada food court halal. Marty's Casa Del Wild Food Court. Boleh tengok je dekat entrace ada logo halal singapore. Jangan cari logo halal jawi. Memang takkan jumpa. :p

Kami redeem kupon lunch dekat sinilah. Dapat nasi putih, sayur kobis, ayam panggang sepeha. Memang besar. Air mineral dan juga cookies yang besar gedabak. Puas hati makan.





Ada hiburan Shrek adventure, 4D. Memang best. Ikut pengembaraan fiona dengan shrek. Syiok habis. Depan muka je. Kalau donkey bersin, habis terpercik air. Ada sekali labah2 datang, terasa kaki kena geletek. Lepas je scene labah2 tu, terus Haikal takut nak pakai cermin mata 4D tu. ada 3 lagi tarikan dekat sini. Jangan risau terlepas hiburan. Boleh rujuk peta. Lain2 tarikan dekat Far Far Away seperti Enchanted Airways, magic potion spin dengan ada donkey buat show. Dekat sini pun ada kedai makan halal. goldilocks dengan Friar's.















Di rumah shrek..



Time ni ada la karakter2 yang keluar. So ready la untuk bergambar. Saya malas nak line up so snap jela dari jauh. Hehehe... Koser la nak tunggu kan. Lagipun masa dah terhad. Masa kami pergi the lost world tu pun ada beberapa gerai dah ready untuk ditutup. Dekat lost world cuma naik dino soarin je. Mainan ni ada dekat sunway lagoon. Waktu kecik2 da puas main. Rasa best pulak bawak anak2 naik burung tu pulak. Hahahaha.. Mengimbau kenangan kecik2 la pulak. Lepas tu terus la ke Ancient Eygpt. Just ambil gambar je la. Memang tak sempat nak discover. Dekat sini ada roller coaster. Revenge of the mummy. Siapa2 yang suka adventure memang dialu2kan le.











Sangat besar army the anubis ni. Tapi ada karakter army the anubis ni yang nampak ganas lepas tu takutkan pengunjung. Hahaha.. Lawak pun ada.

Kami jalan sekali lalu je terus sampai sci-fi city balik. Waktu ni dah nampak bumble bee keluar.











Haaaa... Malas nak beratur. Ambil gambar dari jauh sudahlah..







Lebih kurang pukul 6 lebih kami pun gerak. Sebab diorang tutup pukul 7.































Soal tandas tak ada paip, dont worry. Sebab ada je toilet yang ada paip. Dalam ni ada banyak toilet. Toilet lain saya tak masuk, saya cuma masuk toilet yang berdekatan dengan big bird emporium. Sebelah loui's NY pizza parlor. Toiletnya memang bersih. Senang dan selesa. Tempat untuk solat pun ada. Money changer, sewa stroller, locker semua ada.

Kami shopping serba sikit, sekadar kenangan untuk diri sendiri, lepas tu keluar. Pergi HRC beli souviner then tunggu bas. Saya tengok kebanyakkannya memang teratur la. Maybe ada rezeki kami nak pergi lagi. :)


Naik bas je, diorang pergi cari tempat nak makan sup tulang merah. Memang kalau tengok, loya tekak. Merah betul. Kalau order nasi goreng ke, mee goreng ke, memang merah la. Saya memang tak selera langsung. Nasib baik order dekat kedai lain. Lepas makan2 diorang terus shopping dekat mustafa ape tah. Tapi saya memilih untuk tidur. Lebih kurang jam 12 tengah malam kami sampai di jb, masuk bilik hotel dan terus hanyut.