Blog Widget by LinkWithin

Monday, January 16, 2012

Bukak lampu

Di tengahari yang agak2 redup cuacanya. Dengan berlaukkan telur dadar dan nasi dicampur sikit dengan kicap, baru kaler menarik selera, seorang ibu ditemani dua orang anaknya sedang enak menikmati sepinggan nasi. Sambil menyuap tembolok sendiri, berperang pulak dengan si kecil yang sibuk turun naik turun naik kerusi kontot, habis tertarik2 rambut si ibu. Bikin panas hati.

Si abang pulak berperangai mintak ditampar2 manja. Sekali makan 4 kali potpetpotpetpotpet. Dengan cahaya yang redup2 cuacanya, dengan si kecik bertocang satu, berpampers tanpa berbaju, dengan si abang yang mintakkan perhatian, hati si ibu agak tak keruan. Perut lapar semua pun jadi tak menentu.

Tiba2 si abang bersuara dengan yakin "tengok! Diorang dah bukak lampu, yeayyyy"

Si ibu tercengang dan tergelak.... "Lampu? Mana lampu?"

Sambil melihat ke luar, cuaca yang redup tadi telah bertukar terang dek pancaran matahari. Barangkali awan berubah tempat ditiup angin.

"Tuuuu, diorang dah bukak lampu. Terang ummi"

Si ibu tergelak lagi. :) hai lah anak. Walau panas mana pun hati ibu ini, telatah kamu2 memang mampu membuatkan sekeping hati ibu sejukkkkkk.. Senanggggg...

Walaupun sepinggan nasi dicurah kicap dan 2 biji telur dadar, satu kosong, satu campur bawang dengan cili padi, tapi dek kerana keletah anak yang menghiburkan, lauk itu dirasakan sedapppp sekali..



** okey dah.. Mau pergi buat sambal sotong untuk makan malam.. Babai**
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 corat coret: