Blog Widget by LinkWithin

Saturday, December 3, 2011

perkahwinan giha & mira

ehem2... bismillahirahmanirahim...

agak lama tak dapat nak update blog. Asyik update ciput2 je dari bb. So hari ni barulah ada masa nak update pasal cerita yang dah terperam lama ni. Dekat nak sebulan. Pheww...

ini kisah perkahwinan sepupu saya. Jauh tau nak pergi menghantar dia ni. Kelantan sinun. huhuhu.. nasib la naik bas. Kalau naik kereta memang boleh kematu bontot. hehehe... 

sebab dah lama sangat, dia jadi macam ingat tak ingat je. So cerita ni berpandukan gambar jelah eh... sebabkan naik bas, dan semua berkumpul dekat rumah saya, so saya selaku tuan rumah... (skema gilos ayat den)... :p buatla apa2 yang patut. Pagi Rabu tu, selaku penggubah hantaran, saya dah pergi terjah petaling street beli bunga siap2. Esoknya KHamis tu, senang, tak payah nak keluar2 lagi. Boleh terus gubah je kan. Khamis tu, masak siap2, masak banyak2, sebab dah bajet, ada tetamu takkan nak hidang air kosong dengan biskut kering kan. Agak2 skit, jangan kasi malu en Hadee.. hehehe..

Menu simple je la, sayur kacang, kurma daging, ayam goreng. Itulah lauk sampai ke malam sebelum kitorang bertolak ke Kelantan. Kitorang pergi dengan bas, so macam rileks sikitla kan. 


 hantaran yang dah siap digubah, letak dalam bilik. 
On aircond, so bertapalah ko disitu sampai malam.

 gelang buat batal air sembahyang. 

 cek hantaran.

Mula-mula saya plan buat gubahan ni guna bunga tipu cukupla kan, sebab jauh, tapi ada suara2 suruh guna bunga segar, so den pun dengan susah payahla menggubah ni. Lepas tu berbunyi pulak suara tu tanya kenapa guna fresh flower dah tau jauh nanti layu. Haaaa itu camne tu nak dikategorikan?? nak dilompang, biadap lak.. hahaha so pasrah ajelah daku. 

Serius time ni saya memang penat sangat. Kaki tangan semua rasa tegang. Tapi dalam masa yang sama seronok. :)

Malam tu, lepas isyak dalam pukul 10 malam kami pun bertolak lah. Pindah2 barang masuk dalam bas, Oleh kerana incik mia tak pergi, so macam tak best jugaklah sebenarnya.. huhuh.... sebab dia tiba-tiba kena outstation pulak. Dalam hati agak cuak la macam mana nak handle my adhams ni nanti. Bukan senang nak handle Haikal ni. Lasak juga. Tapi sebabkan ada paklang dia, so macam ok sikitla. Paklang boleh layan dia. Bas ni boleh muat dalam 20 0rang, tapi yang pergi tak sampai pun 20 orang. Jadi, boleh la tidur selesa sikit. Haikal tidur dengan paksu dia, so saya duduk dengan Habibullah. 

 Yang seronok naik bas ni, of cozlah budak2...

 Haikal tidur seat belakang. Saya duduk seat depan.

 Masa ni dekat luar hujan, Suka la Habib tengok tingkap ni. Sebab cermin besarkan, so pemandangan dia luas. Seronok sambil mulut bebel2 panggil babah dia.. Tak tau tu, babah dia tak ikut. 

 Elok terlentok dalam carseat dia... 

Perjalanan lancar. Alhamdulillah, pagi kitorang sampai Kota Bahru. Sampai2 terus tuju ke homestay. Sarapan, borak2 mandi, siap2 terus menuju ke masjid. Sarapan pagi tu, my cousin yang belikan. So memang kenyangla perut sementara menunggu waktu nikah. 

Nikah ni hari Jumaat. Tarikh yang cantik tu. 111111. Secara kebetulan, Jumaat kan hari cuti bagi Kelantan. Ada sikit cerita disebalik ni, tapi bak kata orang, what's happend at Kelantan stay at Kelantan. Hahaha... betui dak? 

Hantaran yang bawa masa nikah adalah 2 dulang sahaja. Cek hantaran dengan gelang. Yang lain2? ha itu nak buat perhiasan serta tayangan amal dekat pelamin nanti... huhuhuhuhu..... bencila kalau ingat balik. wakakaaa.. sakit hati kalau diingat2kan balik. Menghabihan tonago den yo.

 Setelah berdiskusi dekat nak setengah jam, majlis akad nikah pun berlangsung. Dengan sekali lafaz, bernikahlah kazen saya ni, Mohd Azhar & Norasmira.


 Ye, siap pakai tanjak lagi uols... hehehehe

Lepas nikah je, bertebaranlah kami ke Pasar Besar Siti Khadijah. Apa lagi, makan la. Disamping shopping sikit. Sebab belah perempuan tak sediakan makanan pun untuk kitorang, jadi pandai2lah bawak diri... huhuhuhuu...

Sampai pasar, apa lagi, beli keropok banyak2, lepas tu pergi makan. Ingat nak cari nasi dagang, tapi tak da, so makan mihun sup je la. Dah hujung2, Habib boleh tepis pulak mangkuk, kuyup umminya.. 
Lepas shopping, makan2 kami pulang ke homestay. REhat2kan diri sebab majlis sandingnya pukul 3 petang. Homestay ni agak geli sikitla bilik air dia. Saya macam memang pantang kalau bilik air berlendir kuning2 okeh. Agak2la kalau nak jadikan rumah tu homestay, bersih2la sikit, ini sinki pun kotor. Memang kembang tekak la. 

Dalam pukul 3 tu dah kelam kabut. Sebab Giha si pengantin cakap bersanding pukul 4, tapi sebenarnya pukul 3. Mau tak kelam kabut. Siap2 terus pergi. 


 Haikal asyikla menjaga baby ni.. hehehe


 haaaa.. inilah tayangannya.. banyangkan la sirih junjung tu ada yang dah layu daun sirih tu, saya dah buang. Geram punya pasal. Togel la sikit.... ganti dengan daun apa tah. janji berdaun...

 pelaminnya cantik kan? memang cantikkkk sangat. Dengar cerita pelamin dalam 3k. Tapi bersandingnya adalah dalam 10 minit. Rasa macam sangat tak berbaloi2..


goodies bag. Dalam ni ada mufin dengan kerepek. Sedap betul kerepek tu. Untuk tetamu yang jauh macam kami, dapat kerepek ni best jugak. Boleh dikudap2 dalam perjalanan balik. 



Cantik kan? 


Selesai majlis kami pun pulang. Tapi bukan terus balik kl, kami pergi Rantau Panjang dulu. Dapatlah saya beli periuk kukus. Hahaha.. motip? saja je la kan nanti orang tanya mana kau beli ni? jawapan dia, rantau panjang... hahaha... kenangan tu.

 Balik tu kami singgah makan. Kasi isi perut dulu kenyang2 baru afdal balik KL.. 
Dalam perjalanan balik ni macam hujan sikit. Lepas tu memang mostly tidurlah. Terjaga sekejap macam tu, dalam mamai2 tu nampak bas ni dah masuk lane bertentangan, sebab kereta dari arah bertentangan tu betul2 macam dah dekat dengan bas. Nauzubillah. Driver bas boleh rileks lagi borak2 dengan kazen 
"eh dah makan jalan sikit" lepas tu gelak2. Lebih kurang tu la dialog dia. Huhuhu.. sebab driver pun dah penat. 


Kami sampai kl dekat2 pukul 7 pagi. Alhamdulillah. Selesai majlis di Kelantan, dapatlah saya sepupu baru. :) 

0 corat coret: